Friday, April 21, 2006

test

Test 1: Uji Keinginan Anda yang Tersembunyi

Soalan:

Sebenarnya rambut, gaya rambut dan juga warna rambut anda juga mewakili perasaan yang tertentu? Marilah tukar rambut anda!! Dalam 4 warna di bawah ini, mana satukah yang menjadi pilihan anda?

A. Merah
B. Emas
C. Biru
D. Hijau

Jawapan:

A. Anda tidak akan memikirkan perkara lain selain KEBeBASAN. Anda sangat menitikberatkan perjalanan hidup anda. Jadi, mustahil anda akan dikongkong oleh seseorang atau sesuatu perkara.

B. Anda suka sesuatu yang mencabar kerana anda tidak ingin hidup anda tawar?. Anda bukan sahaja inginkan kepuasan dari segi kebendaan malah juga inginkan kepuasan dari segi mental atau rohani.

C. Anda adalah seorang yang bersyukur dengan apa yang anda ada. Oleh itu, anda selalu riang dan gembira. Tetapi mustahil anda tiada keinginan, Cuma apa yang anda inginkan tidaklah begitu banyak.

D. Anda adalah seorang yang manja. Anda inginkan orang lain menumpukan perhatian pada anda. Anda suka disayangi, dibelai dan dikasihi. Anda ingin diri anda menjadi tumpuan ramai.

Test 2: Uji Sejauh Mana Anda Berasa Segan Dengan Si Dia

Soalan:

Pada suatu hari anda telah disahkan menghidap penyakit pelik dan dikehendaki menerima rawatan di hospital. Rawatan yang mana satukah anda berasa sangat sengsara?

1. 7 hari tidak dibenarkan makan
2. Masukkan salur ke dalam perut
3. Disuntik sebanyak 30 suntikan
4. Rambut dan bulu roma dicukur

Jawapan;

1. Tahap Keseganan 45%Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang tidak suka dipaksa. Tidak perlu buat lawak untuk mengambil hatinya. Tetapi apabila muncul pihak ketiga, maka dia akan membuat sedikit perubahan seperti memberi hadiah atau kata-kata manis

2. Tahap Keseganan 20%Orang yang memilih jawapan ini mengharapkan suasana yang harmoni dan gembira apabila bersama. Jadi, dia tidak kisah untuk buat apa saja untuk membuat si dia gembira. Dia berharap dengan cara ini maka dapat menyampaikan isi hatinya pada si dia.

3. Tahap Keseganan 1%Orang yang membuat pilihan ini langsung tidak mengerti soal segan dalam cinta. Dia mementingkan keseronokan saja. Tak perlu ada segan dengan si dia. Tapi pastikan si dia tidak mempunyai masalah lemah jantung supaya si dia tidak terkejut dengan apa yang dibuatnya.

4. Tahap Keseganan 80%Orang yang memilih jawapan ini adalah seorang yang sangat muka nipis. Dia lebih mementingkan maruah diri. Walaupun terdapat salah anggap atau si dia tidak memahami, dia pun takkan membuat sebarang penjelasan.

Test 3: Uji Aspek Keutamaan Ketika Bercinta

Kadang kala kita akan menghadapi keraguan untuk memilih cinta, buku atau pekerjaan. Sebenarnya apabila difikirkan dengan teliti, kesemua perkara dapat dijalankan dengan sistematik. Tapi, apabila anda tidak mehana kerinduan pada kekasih, maka anda akan tahu apa itu kesengsaraan bercinta. Marilah kita melihat keadaan anda apabila bercinta!

Soalan:

Esok ada peperiksaan, tetapi rancangan TV sedang menyiarkan filem yang anda ingin tonton. Apakah yang akan anda lakukan?

1. Menonton TV
2. Merakan filem itu.
3. Sambil menonton dan sambil mengulangkaji
4. Mengulangkaji

Jawapan:

1. Kategori Cinta Diutamakan

Anda adalah seorang yang akan memberi keutamaan kepada cinta berbanding dengan aspek lain. Walaupun anda sibuk dengan kerja anda atau kena mengulangkaji, asalkan terfikir ingin berjumpa si dia, maka anda akan mengetepikan semua perkara yang anda sedang buat lalu pergi mencari si dia. Tapi ingat, kena memikirkan pendiriannya juga.

2. Kategori Mempunyai Perancangan

Anda mempunyai perancangan supaya cinta, kerja atau membaca buku dapat dijalankan secara sistematik dan tersusun. Anda adalah calon suami atau isteri yang bestari. Tapi pada pandangan sesetengah orang pula, anda adalah seorang yang dingin dan ?alim?.

3. Kategori Beremosi

Anda tetap tidak dapat mengulangkaji pelajaran? Orang dikategori ini ingin menjaga kesemua aspek serentak. Oleh itu, pandai-pandailah membuat pilihan yang tepat!

4. Kategori Kerja atau Membaca Buku Diutamakan

Pada pendapat anda, percintaan berada di tempat kedua. Walaupun sudah berkahwin, anda tetap menganggap pekerjaan adalah penting. Orang kategori ini akan berkerja keras untuk pekerjaan atau persekolahannya. Dia juga seorang yang berdikari dan sangat tegas.

Test 4: Uji Penarik Minat Anda

Ini adalah psiko test untuk menguji anda akan tertarik dengan orang yang macam mana.

Soalan:

Katakanlah dunia telah dijajah oleh makhluk asing, kalau anda hanya boleh menyelamatkan sejenis binatang untuk lari ke planet lain. Berikut yang mana satukah yang akan anda pilih?

A. Arnab
B. Kambing
C. Rusa
D. Kuda

Jawapan:

A. Arnab: Mempunyai luaran yang serius dan dingin tapi dalam hati adalah seorang yang peramah
B. Kambing: Sangat jujur dan dapat mengikut kehendak orang lain
C. Rusa: Anggun dan seorang yang sangat bersopan-santun
D. Kuda: Seorang yang inginkan hidup bebas

Test 5: Are you a DEVIL??

You are 'Devil'!? Oh?..tidak?.. Pernahkah anda dianggap sebagai 'Devil'?? Adakah anda telah menjadi 'Devil' pada pandangan orang lain? Mari kita uji indeks 'Devil' kita!

soalan:

Q1: Adakah anda akan makan lauk kesukaan anda terlebih dahulu ketika makan?

YES --> ke Q2 NO --> ke Q3

Q2: Adakah anda akan mencari ikhtiar untuk beli barangan yang anda inginkan walaupun mahal?

YES --> ke Q4 NO --> ke Q6

Q3: Anda harap menjadi kucing kalau teraksa berubah menjadi binatang peliharaan?

YES --> ke Q5 NO --> ke Q7

Q4: Adakah anda sering main kayu tiga?

YES --> ke Q6 NO --> ke Q7

Q5: Adakah anda selalu terima hadiah daripada orang lain (berlainan jantina)?

YES --> ke Q8 NO --> ke Q10

Q6: Pernahkah kenalan yang tidak rapat melafazkan cinta pada anda?

YES--> ke Q8 NO --> ke Q10

Q7: Adakah anda selalu dipuji muda?

YES --> ke Q10 NO --> ke Q9

Q8: Adakah selalu terdapat orang yang menghulurkan bantuan pada anda?

YES --> ke Q9 NO --> ke Q11

Q9: Adakah anda mempunyai konsep kewangan?

YES --> ke Q12 NO --> ke Q15

Q10: Adakah anda seorang yang mempunyai pendirian sendiri?

YES --> ke Q13 NO --> ke Q14

Q11: Adakah anda susah untuk menolak permintaan orang lain?

YES --> ke Q15 NO --> ke Q14

Q12: Anda mempunyai minat yang luas, tapi hanya hangat2 tahi ayam?

YES--> ke Q15 NO --> keQ16

Q13: Anda bukanlah sangat cantik/kacak, tetapi sangat cool?

YES --> ke Q18 NO --> ke Q17

Q14: Adakah anda suka mengacau orang lain?

YES --> ke Q20 NO --> ke Q16

Q15: Adakah anda memilih dengan teliti hadiah apabila beli untuk orang lain?

YES --> ke Q19 NO --> ke Q17

Q16: Adakah anda jalan lebih laju apabila berjalan dengan kawan yang berlainan jantina?

YES --> ke Q19 NO --> ke Q20

Q17: Adakah anda tidak suka makanan yang digoreng?

YES --> ke Q20 NO --> ke Q19

Q18: Adakah anda berpendapat kecantikan wanita tidak hanya dinilai dari segi fizikal saja?

YES --> ke Q19 NO --> ke Q20

Q19: Adakah anda seorang yang lembab?

YES --> Jenis B NO --> Jenis A

Q20: Adakah anda merasai diri adalah seorang yang sangat peramah?

YES --> Jenis D NO --> Jenis C

Analisis:

A: Indeks Devil ialah 90%

Anda adalah seorang yang mengejar sesuatu yang baru. Anda selalu memberi perhatian kepada sesuatu yang baru. Anda membelanjakan sejumlah wang ringgit ke atasnya. Anda sangat takut digelar seorang yang kolot dan ketinggalan zaman. Anda cepat jemu akan sesuatu yang lama, begitu juga dalam soal percintaan. Dalam pandangan kekasih anda adalah seorang ?evil?.

B: Indeks Devil ialah 70%

Anda adalah seorang yang berkeyakinan akan fizikal dan batin anda. Anda adalah seorang yang sangat popular. Anda pandai menonjolkan keistimewaan diri dan sangat mendapat sambutan di kalangan kawan berlainan jantina. Tapi anda telah mempergunakan mereka yang minat akan anda. Kalau anda tidak suka akan dia, lebih baik terus terang memberitahunya.

C: Indeks Devil ialah 50%

Kesejahteraan, aman dan tenang adalah prinsip anda. Anda mudah puas hati dan tidak banyak mempertikaikan hal yang remeh-temeh. Jadi anda tidak buat sesuatu yang berisiko dan anda tidak yakin. Paras rupa anda adalah normal tapi mempunyai personality yang baik dan mendapat kepercayaan dari orang disekelilingnya.

D: Indeks Devil ialah 30%

Anda seorang yang matang dan serius. Anda tidak mengambil jalan singkat untuk mencapai matlamat anda. Disebabkan faktor ini jugalah orang lain menganggap anda adalah seorang yang degil. Anda kena berhati2 dengan perhubungan dengan orang lain. Anda sangat setia dalam percintaan. Oleh itu, anda akan berfikir masak2 sebelum menerima si dia.

No comments: